Thursday, November 13, 2008

13 November 2008...

  • 13 ialah nombor kegemaran aku dan sebenarnye aku pun tak tahu asal aku suke number ni. Kalau mat saleh tgk nombor ni comfirm tak nak lepak dgn aku. Ape yg aku tahu serba sedikit tentang nombor 13 ini ialah ianya nombor yang malang. Contohnya 'friday 13',dan juga nombor ini mempunyai sejarah yg kebanyakannye tragis untuk orang2 berkulit putih ini. Dan terdetik hati aku untuk membuat blog buat kali pertama dalam hidup aku yang pening2 ni pada hari khamis yang bertarikh 13 November 2008 dan insyaallah aku akan meneruskan blog ini tanpa rasa malas yang membelenggu hati aku ini. Bak kata orang tua "HANGAT-HANGAT TAIK AYAM".
  • Terima kasih kepada beberapa orang yang memberi semangat dan tunjuk ajar kepada aku untuk membuat blog in terutama kepada dua makhluk ALLAH yang bernama Zach & Amir(bukan nama sebenar seperti didalam IC). Dua2 orang ni da berbuih mulut suruh aku buat blog,tapi sebab kepala aku ni macam bende lain dipikirkannye,jadi teramat lambat aku nak buat blog. Mungkin hati die orang dua ni rase mcm nak seret je aku kat atas highway utara selatan sebab lembab sangat buat blog.
  • Kalau ikut tarikh yang tertera didalam blog ni,ianya bertarikh 12 hari bulan,tp skarang ni aku tgh tulis blog kul 3 pagi waktu Malaysia dan bertarikh 13 November 2008. Itu saja sepatah dua kata dari saya. Terima kasih.(Ingat pengetua sekolah ke)