Wednesday, December 3, 2008

Kahwin...

  • Semalam (sebenarnye baru beberape jam yang lepas tp disebabkan da lebih kul 12 aku pun tulisla semalam) aku pg wedding Nabila iaitu anak raja rock yang dah insaf & mungkin menjadi ustaz satu ketika hari nanti dan bg pendapat aku tentang majlisnye ialah,majlis itu lebih kepada keserdahanaan dan tidak untuk menunjuk-nunjuk(sesetengah orang kaki menunjuk,nak kawen pun pun nak over). Itulah yang aku boleh ungkapkan tentang majlis itu dan bg perkahwinan orang melayu ni ataupun mane2 wedding,pasangan xkan nak buat ari2 bekerja dan selalunye akan buat pada weekend(weekend untuk tido sebenarnye ataupun utk lepak memalaskan diri tp sebab ade wedding jd pegi jela,kang orang sentapan ari raya plak kalau x pg). Dan tarikh 02.12.2008 dipilih oleh abil dan husband die iaitu eddy sebab semalam birthday abil. Syukur majlis itu berjalan dgn lancar walaupun cameraman majlis tu mcm ting tong bell skit,amik shot tah ape2 tah(maybe cameraman tu sibuk tgk bende lain sampai amik established shot dari pale pak cik yang botak pun jadila,dan position camera yang tersangat mcm haram,aku rase mcm nak lempang je org yang buat wedding tu). Cukup2 la tu apis kau nak cite pasal wedding orang... Cukup publisiti da... Skang ni aku nak cite pasal kawen plak... Jom2...
  • KAHWIN,suatu perkataan atau sebutan yang mudah diterima oleh sesetengah makhluk tuhan dan susah bg sesetengah makhluk plak. Bagi mereka yang dapat menerima kenyataan tentang kahwin,mereka teramatlah memahami dan sudah bersedia untuk menjalani kehidupan tersebut. Kadang2 aku suke tgk orang nak kawen ni,tp kadang aku benci plak,sebab sesetengah org berkahwin hanye semata-mata ingin melunaskan hasrat yang terpendam secara halal dan membuang segale air yang berkarat campur dgn minyak keta dalam kepala atau mudah dikenali sebagai MAIN,atau kalau xpaham lg sebagai nafsu kuda. Dan yang kesiannye nanti si pasangan plak. Tapi bg sesetengah makluk tuhan maksud kahwin itu plak lain. Mereka inginkan kebahagian yang tidak perlu dikongsi dgn orang lain kecuali mak bapak pasangan itu dan org2 yang muhrim je. Dan mereka menganggap dgn perkahwinan mereka dapat melunaskan segala hasrat yang mereka aturkan selame ini. Insyaallah bg sesiape yang dah berkahwin,mereka dapat kekal dgn pasangan mereka sehingga akhir hayat.
  • Tapi yang aku x setuju nye dan yang tak baiknye tentang kahwin ni,bagi sesetengah pihak,mereka anggap alam perkahwinan ini suatu mainan hidup yang boleh dibuang dan diambil,lg senang dikenali sebagai cerai-berai pastu rujuk. Realitinye terpampang di muke2 hadapan keratan akhbar,pasangan cerai sebab ade pompuan lain la,pasangan x bg nafkah la,pasangan mintak nak poligami tp x lepas approval dari si dia dan yang bestnye yang x penah sedar diri dah tua n berangan boleh kawen dgn anak dara org. Macam2 & pelik2 orang zaman skrang ni. Pesanan dari aku senang je,kalau korang nak kahwin tu pikirla masak sampai otak korang tu nak pecah,janganla korang gatal bijik sgt sampai x beringat bende2 yang patut korang pikir sebelum berbuat sesuatu yang menyusahkan diri korang. Ini pesan dari budak yang lagi 8 tahun nak kawen,insyaallah boleh kawen 8 tahun lg kalau ade jodoh,tp untuk korang yg agak2 da gatal bijik tu pikir masak2 ye. Jangan sebab nafsu,semue bende jadi serba x kena. Kepada yang da kahwin n bernikah tu,Selamat pengantin baru dan yang lame dan semoga berbahagia sampai keanak cucu n cicit,pas cicit aku xtau la plak. Dan jgn gatal2 bijik plak. Kalau da gatal sgt pg cari pasangan korang yang halal & mainla puas2. Calu... :P

2 comments:

Kuaitomboblo said...

hehehe.

inilah jadinye bila kite dah terlalu "modern" dan terlalu "bebas". :)

rebelroses said...

Gile lah dek..
straight to the point!
hehehe=p
tp akak setuju sgt!
xelokla kawen stakat nk lepas napsu aje..
kaseh sayang mesti jugak kot.
bukan kot, mmg wajibla!
kalo takat kawen nk lepas awe napsu jampi serapah bagai,
bek toksah le..
ale2 kang, cerai sbb bini xthn laki nk men jek selalu.
tu pun susah gak..
aiyo~~
yg penting, jgn lupe jempot i, kakakmu yG glamer ni dtg wedding yg lg 8 taon tu yeh?
hehehe~~=p
LOVE,
AMEERAH MONISAN=)